Wednesday, November 26, 2008

Amazing cakes








Nanti lah kalau ada masa nak juga cuba buat.. heh! heh!


Sunday, November 23, 2008

Mee goreng mama










Satu je aku suka pada budak berdua ni, asal dapat makan mesti cakap "pandailah mama masak",
Padahalnya sedap tak seberapa. Terutamanya yang kecik tu paling pandai mengampu. Walauapapun mama sayang kamu!!!

Saturday, November 22, 2008

Mari hias kek cawan

Jom buat fondant

Mousse


Pemanis mulut yang di perbuat daripada telur, krim dan diperisakan dengan coklat ataupun puri buahan. Di perkenalkan pada tahun 1960-an di Amerika dan England. Mousse pertama yang dicipta adalah mousse coklat.

Torte


Ia merupakan kek yang di perbuat daripada telur yang banyak dan dicampur dengan kekacang, serbuk roti dan tepung. Berasal dari Eropah tengah. Torte berasal dari perkataan dalam bahasa Jerman. Torte biasanya akan diaisingkan pada bahagian atas dan tengahnya. Tapi kalau di beberapa negara di Eropah, mereka tidak suka membuat kek di lapiskan dengan aising. Di Amerika kek di hari perkahwinan biasanya akan di lapiskan dengan aising dan ia di namakan torte juga.

Panna Cotta


Ia kelihatan seperti kek keju ataupun mousse. Panna cotta adalah pemanis mulut itali yang diperbuat daripada krim, susu, gula dan dicampurkan dengan gelatin. Kemudian ia dihiaskan dengan sos buah-buahan, coklat dan karamel.

Gateaux


Sejenis pemanis mulut yang di perbuat daripada lapisan bawahnya dengan kek span, pastri dan biskut ramas. Kemudian bahagian atasnya dibubuh kastad krim, kekacang, coklat, jeli ataupun buah-buahan. Pemanis mulut jenis ini popular di negara Perancis, Austria dan Swistzerland.

Tips membuat kek - mengelakkan kek menjadi kering

Bahan-bahan tidak disukat dengan betul.
Kadangkala penimbang jenis spring yang kita gunakan tidak berfungsi dengan betul. Ini menyebabkan sukatan menjadi tidak tepat. Anda disarankan menggunakan penimbang jenis digital kerana timbangannya lebih tepat. Harganya dalam lingkungan RM 120 dan boleh dibeli dikedai-kedai menjual kek. Walaupun harganya sedikit mahal dari penimbang jenis spring tetapi berbaloi menggunakankannya.

Suhu ketuhar
Dipasaran terdapat bebagai jenis ketuhar. Setiap ketuhar adalah berlainan. Biasanya untuk membakar kek mentega atau span suhunya ialah 180 C dan memakan masa 45 minit hingga 1 jam.Tetapi untuk kek lapis suhu yang biasa digunakan ialah 150 C. Kek menjadi kering kemungkinan suhu ketuhar tidak sesuai seperti terlalu panas ataupun dibakar terlalu lama. Bagi kek lapis masa membakar 5-7 minit kerana ia nipis. Jika dibakar terlalu lama ia menjadi kering. Kesimpulannya anda perlu sesuaikan ketuhar anda dengan jenis kek, suhu dan tempoh masa yang paling sesuai untuk kek anda.

Mengubah kuantiti bahan.
Ada sesetengah orang suka mengubah kuantiti bahan yang ditetapkan dalam resepi. Jika dalam resepi menghendaki 10 biji telur, tapi digunakan 9 sahaja. Jika 1oo gm susu pekat , dikurangkan
50 gm saja, kononnya nak jimat. Jangan amalkan sikap sedemikian kerana anda tidak akan mendapatkan hasil yang sepatutnya kerana bahan-bahannya telah dikurangkan.

Penyimpanan
Kek yang baru keluar dari ketuhar memang kering kerana masih lagi panas. Sebaiknya sejukkan kek anda semalaman dan keesokannya barulah boleh dipotong. Ini untuk memberi peluang kepada kek untuk menyerap lembapan udara dan mengeluarkan minyak bagi melembabkan kek tersebut. Ataupun setelah kek disejukkan balutkan dengan aluminium foil dan simpan semalaman. Keesokannya tentu kek menjadi lembab. Juga tidak boleh didedahkan pada udara persekitaran terlalu lama kerana membuatkannya kering. Hidang untuk dimakan saja yang selebihnya bungkus dengan aluminium foil atau plastik wrap dan simpan dalam bekas kedap udara.

Perbezaan bahan-bahan mentah
Bahan-bahan mentah memainkan peranan penting dalam pembuatan kek, kuih muih atau biskut. Bahan-bahan asas seperti mentega, gula, tepung dan telur maka terhasillah sesuatu produk itu. Penggunaan mentega tulin goldern churn lebih menghasilkan kek yang lebih lembab kerana kandungan airnya yang lebih. Jika gunakan mentega jenis lain kek lebih kering dan terpaksalah menambahkan sedikit air susu agar kek lebih lembab.
Penggunaan tepung seperti tepung gandum dan tepung kek juga menghasilkan perbezaan dari segi tekstur dan kelembapan kek. Jika anda membuat kek lapis atau lain-lain kek menggunakan tepung gandum biasa kek akan lebih kasar,keras atau kering. Oleh itu gunakan tepung kek atau superfine untuk membuat kek biasa dan untuk kek lapis sebaiknya gunakan tepung hong kong kerana ia lebih halus.
Penggunaan telur juga memainkan peranan kerana telur membekalkan cecair kepada adunan kek bagi menjadikannya lembab. Semua resepi dalam variasi kek lapis menggunakan telur gred A. Jika anda menggunakan telur gred B saiznya lebih kecil. Jika anda tidak menambahkan telur, maka adunan kek kekurangan cecair dan menjadikannya kering apabila masak.

Sumber: Majalah Saji

Thursday, November 20, 2008

Ganache Coklat


Ganache berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud 'cusion'. Ganache ada pelbagai fungsi
seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan menyalut kek.

Ganache yang asas menggunakan dua bahan iaitu krim pekat/krim putar (dairy whipping cream) dan coklat masakan. Bagamanapun anda boleh menambah mentega dan esen vanilla dalam adunan ganache. Krim pekat boleh digantikan dengan air, susu cair (evaporated milk), susu segar(fresh milk) atau susu UHT. Tetapi penggunaan bahan gantian ini menjejaskan kualiti ganache dari segi kekilatan dan teksturnya. Oleh itu hotel-hotel dan bakery, mereka lebih suka menggunakan krim pekat/krim putar kerana hasilnya lebih baik.

Jika anda mahu topping yang cair anda bolehlah gunakan setelah beberapa jam disejukkan. Jika mahu topping yang lebih tebal, sejukkan semalamam pada suhu bilik. Keesokkannya barulah boleh digunakan. Satu perkara perlu diingatkan coklat tidak boleh dicairkan dengan haba yang terlalu panas kerana akan menyebabkan keluarnya minyak pada permukaan coklat. Ini akan menjejaskan tekstur ganache.

Anda tidak boleh memasukkan ganache yang baru dicairkan terus kedalam peti sejuk. Ganache perlu disejukkan perlahan-lahan untuk membantu molekul-molekul dalam coklat dan krim itu menjadi sebati dengan baik.

Sukatan biasa digunakan membuat ganache ialah:
300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat ganache.
1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

Info sihat strawberi

Selain untuk kesihatan, strawberi juga memberi manfaat yang tidak terhingga untuk kecantikan.
* Strawberi kaya dengan vitamin c, baik untuk mendapatkan kulit yang cantik, sihat dan gebu. Strawberi juga boleh dijadikan sebagai ubat jerawat.
* Penggunaan masker strawberi sangat bermanfaat. Caranya: hancurkan strawberi dan campur dengan sedikit yogurt, sapukan pada wajah dan biarkan selama lebih kurang 15 minit, sebelum dibersihkan. Hasilnya pasti memberansangkan. Kulit anda akan kelihatan segar dan berseri.
* Makan secawan strawberi setiap hari boleh menurunkan risiko berbagai jenis kanser. Antaranya kanser pangkal rahim, payu dara dan paru-paru.
* Khasiat strawberi tidak akan berubah meski sudah diolah menjadi jus, kuih ataupun jem. Roti bakar yang disapu jem strawberi mengandungi 50 peratus lebih banyak antioksidan berbanding strawberi segar.
* Strawberi juga berguna untuk memutihkan gigi daripada menggunakan bahan kimia sebagai pemutih. Lebih baik anda mengunyah strawberi setiap hari selain gigi menjadi putih bau mulut pun akan hilang.
* Kandungan strawberi juga bermanfaat untuk menghaluskan kulit tubuh, kerana ia mampu menanggalkan sel-sel kulit mati. Cubalah berendam air yang dicampur dengan potongan buah strawberi, campuran susu dan minyak zaitun. Gosokkan diseluruh badan anda dan lihat hasilnya. Jika dibuat secara rutin, kulit menjadi lebih halus dan tidak kusam, juga tumit kaki tidak akan pecah-pecah.
* Strawberi juga berkhasiat meningkatkan kekuatan otak dan baik untuk mata.
Sumber info dari majalah SAJI

Srawberry Chocolate



Saya pernah mencubanya rasanya memang sedap ler. Sesiapa yang suka strawberry boleh ler buat. Nak buat simple makan pun sedaap!

Cara-cara membuat strawberry chocolate

Sumber: Youtube

Strawberry Cake













Bahan-bahan dan cara untuk membuat kek strawberi adalah sama dengan membuat kek Blueberry. Cuma bezanya anda perlu menyapu strawberry pie filling dan menyusun buah diatasnya. Terpulang pada kreativiti anda masing-masing.

Black Forest Cake - kek sedap



Bahan A
250 gm Chocolate sponge Mix
250 gm Telur
62 gm Air

Bahan B
62 gm Minyak Jagung

Pukul A dengan kelajuan tinggi selama 6 minit sampai naik lembut,masukkan bahan B dan gaul sebati. Tuang dalam acuan bulat 9". Bakar dengan 180 C selama 40 - 45 minit.

Bahan inti:
Bahan A
1 tin Dark Pitted Cerry
300 gm Krim putar Non Dairy

Bahan B: Chocolate Cream
50 gm Coklat masakan
40 gm susu segar
(Masak dengan menggunakan double boiler)

Cara-cara:
Biar Sponge kek sejuk dan potong kepada 3 lapis.

sapu coklat cair di lapisan pertama diikuti krim putar diatas kek dan susun dark pitted cerry,kemudian tutup dengan krim putar sekali lagi.

Tutup dengan satu lapisan kek dan ulangi langkah 2.

Selepas tutup dengan lapisan ketiga,sapu krim putar di seluruh kek.

Hias coklat rice atau coklat masakan nipis ditepi kek dan pipe krim putar rossete bulat di atas kek. Letak coklat masakan yang di potong nipis di tengah kek. Akhir sekali susun buah ceri di atas krim putar rosset.

Nota: Pada 15hb Nov 2008 lepas saya telah mengikuti kelas membuat kek Black Forest dan Blueberry di Citarasa Trading. Dan hasilnya seperti dalam gambar. Dan rasanya emm memang sedap. Bolehlah anda mencubanya kalau tidak rugi. Nampak gaya tak perlu lagi saya menempah kek harijadi anak-anak saya. Bagi yang malas tu bolehla order ngan saya he!he!

Video dibawah untuk belajar cara-cara membuat krim putar:Sumber Youtube

Blueberry Delight Cake

Bahan A
250 gm Vanilla Sponge Mix
250 gm Telur
62 gm air

Bahan B
Minyak Jagung

Cara-cara:
Pukul (A) dengan kelajuan tinggi selama 6 minit sampai naik lembut,masuk (B) dan gaul sebati.

Tuang dalam acuan bulat 9". Bakar dengan 180 C selama 40 - 45 minit.

Bahan inti: (Lapisan yg dipotong telah disapu inti)
500 gm Inti Blueberry
300 gm Krim putar Non Dairy

Cara-cara:
1) Biar sponge kek sejuk dan potong kepada 3 lapis.

2) Sapu krim putar yang nipis di atas kek lapisan pertama,letak inti blueberry diatas,kemudian tutup dengan lapisan kek kedua.

3) Ulangi langkah 2 untuk lapisan kedua.

4) Tutup semua kek dengan krim putar dan icing dengan nozzle 864 di atas kek dan buat garisan dengan icing comb di tepi kek.

5) Letak inti blueberry di tengah permukaan kek.

Wednesday, November 19, 2008

Resipi Kek Gula Hangus


Bahan-bahan:

2 cawan gula pasir
2 cawan air
30 gm butter
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
6 biji telur saiz A

Cara-cara membuat:

Masak gula di atas api sehingga cair. setelah itu masukkan air. Kacau sehingga menjadi sirap gula hangus. Matikan api. Kemudian masukkan butter. Biarkan sehingga larut dalam sirap gula. Kemudian sejukkan.

Pukul telur sampai kembang kemudian masukkan susu. Pukul sebentar kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Kacau biar sebati kemudian masukkan sirap gula hangus dan bakar dalam oven pada suhu 150 C.(untuk oven saiz kecil) dan 180 C (oven saiz besar) selama 1 jam ataupun cucuk dengan lidi.
nota:resipi diatas saya telah mencubanya beberapa kali dan hasilnya memang memuaskan. Video dibawah cuma untuk menunjukkan langkah demi langkah mengasilkan kek gula hangus. Tapi jika ingin mengikuti resipi yang diberikan dalam video tersebut tiada masalah. tak cuba tak tahu ya tak?
Video cara membuat kek gula hangus. sumber:Youtube