Saturday, December 13, 2008

Friday, December 12, 2008

HERO


Haa! nilah penyelamat kita pada pagi raya tuu. Walaupun kereta orang jahat tu cucuk-cucuk dia dari belakang pun dia tetap cool tau.

Bang Joe..tima kaceh yee..

Wednesday, December 10, 2008

Peristiwa hitam di pagi raya

Kepada kawan-kawan diluar sana, disini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah hitam saya pada pagi Hari Raya Korban.Saya dan adik-adik dah sepakat nak balik kampong pada malam raya kerana masing-masing sibuk dan masih tak dapat cuti.Pada jam 12 malam kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai. Sepanjang perjalanan kami begitu seronok dan singgah tapau Mc D agar dapat menahan mata dari mengantuk. Maklumlah kalau penumpang tertidur driver pun ikut mengantuk lah ye..Biarpun perut terasa kenyang tapi mata tetap mengantuk. Akhirnya kami dua beradik di belakang terlelap..
Lena saya yang tak seberapa itu dikejutkan oleh suara adik yang separuh menjerit! Terkulat-kulat saya tanya kenapa. Dengan suaranya yang ketakutan yang amat sangat dia menunjukkan kearah kereta wira berwarna merah didepan kami sedang melibas-libas sabit panjang kearah kami. Signal kiri diberikan mengarahkan kami berhenti ditepi jalan. Mengucap panjang kami semua. Pada waktu itu jam 6 pagi, suasana teramat sunyi dan lengang kerana hanya kami sahaja yang berada diatas jalan.Dalam hati ku tak putus-putus minta pertolongan daripada Allah agar dijauhi bala yang didepan mata ini.Adik-adikku dua orang tu dah tak terkata.Dalam hati diorang "matilah aku kali ini kena samun",.
Tapi nasib baik driver kita ni cool.tak menggelabah.Orang lelaki kan..Dia kata "kat belakang rasanya ada lori.kita tunggu dan saing ngan dia", Masa adik ipar tengah berhenti tu serasa penyamun tu dah bukak pintu kereta.Punya la takut! Tapi kereta tu tak berani bila lori kat belakang sampai. Kita ikut je lori sampai kat simpang ke kampung mak.Dan kereta yang melibas-libas sabit panjangnya tadi tak kelihatan lagi. Kami mengurut dada tapi kepala lutut tak berhenti menggigil. Allah telah melindungi kami sekeluarga. Inilah pertama kali pengalaman kami yang menakutkan dan amat berharga. Satu pengajaran buat kami sekeluarga, jangan lagi balik kampung pada waktu begini dan cubalah saing dengan kawan-kawan sejalan dengan kita. Bila kita bersendirian bermakna kita memberi ruang kepada penjahat-penjahat diluar sana mengambil kesempatan.Semoga dijauhi segala bahaya...

Resepi nasi kerabu


Sambal ikan

Bahan A
1 biji kelapa parut - digoreng tanpa minyak sampai garing

Bahan B
1 kilo ikan selayang - direbus dan di buang tulang
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
serai 6 batang
Satukan bahan B dan blender sampai lumat. Kemudian kacau dalam kuali diatas api biar sampai sedikit kering barulah masukkan kelapa yang telah digoreng tadi. Kacau biar rata kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa.

Budu

1 botol budu
1 batang serai
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia
2 helai daun limau purut
sedikit gula melaka


Campurkan semua bahan dan masakkan diatas api perlahan. Biarkan mendidih seketika kemudian angkat.

Sambal lada

5 biji cili merah
10 biji cili padi
cuka 5 sudu
sedikit air

Blender semua sekali sampai hancur dan masukkan garam gula secukup rasa.

Ayam serai

Ayam separuh ekor

Bahan A
5 batang serai
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 Sudu serbuk kunyit

Blender bahan A dan lumurkan pada ayam dan perap seketika. Setelah itu bolehlah digoreng.


Untuk ulaman terpulang pada individu. Sesuaikan dengan selera dan kreativiti anda.

Tuesday, December 2, 2008

Nasi kerabu

Balik kampung minggu lepas terasa nak makan nasi kerabu je..abih tu kita orang pakat buat ramai-ramai. Dikelantan sarapan pagi makan nasi kerabu baru ada umph!
Dalam gambar tu sebenarnya belum cukup syarat lagi. Dia nak kena ada telur masin,bawang jeruk dan ikan celup tepung. Tapi last minit kita orang buat keputusan jadi buatlah apa yang ada. Ayam pun sedap juga...satu lagi nasi tak kaler biru sebab bunga nasi kerabu kena makan kambing. Belum sempat kita petik dia dah ngap!






Kalau nak makan beginilah rupanya....







Haaa! boss dah angkat ibu jari! sedaplah tuu....

Info banjir




Minggu lepas aku dan family balik kampung.hajat di hati nak balik sehari dua je..tak sangka pulak sangkut dengan banjir. Jalan nak balik kuala krai ditutup. Mak telefon cakap chuchuh puteri banjir besar. Uaaaaaa!ruginya tak dapat main banjir kat kampung sendiri!tahun lepas dah kena macam ni juga. Balik kampung suami pas tu sangkut banjir lagi..rasa terkilan pulak tak dapat tolong sedara mara mangsa banjir. Mak kata rumah diorang barang-barang semua tak dapat diselamatkan. Dapat selamatkan diri sendiri pun dah kira syukur alhamdullillah...

Saudara mara mangsa banjir menumpang teduh rumah mak dua tiga hari. Rugi lagi tak dapat interviu apa perasaan diorang...sepupu sepapat aku juga....