Friday, January 30, 2009

Ikan kukus mama

1 ekor ikan siakap
Bahan A
1 biji bawang besar(potong bulat)
2 ulas bawang putih(ketuk)
1 inci halia(hiris)
1 biji tomato(potong)
1 biji limau nipis(perah ambil air)
5 tangkai cili padi (ketuk)
Daun sup (di hiris)
Serai (ketuk)
Asam boi 2 biji
Perasa
Taburkan bahan A ke atas ikan siakap dan kukus selama 20 minit. Kemudian hidangkan.

Nasi impit sambal kelapa

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)
Bahan B
Ikan selayang 5 ekor (rebus ambil isinya)
Serai 5 batang (hiris)
Bawang kecik 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci
Gula melaka 2 keping
garam secukup rasa

Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan diatas api sampai kering. Masukkan perasa.kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit rasanya sedikit manis baru ada umph!
Supaya sambal kelapa nampak cantik dan sedap blender lagi dengan blender kering agak-agak separuh lumat. Pas tu boleh dihidangkan.

p/s: salah satu makanan kegemaran anak. Hubby lagi suka laa..

Nasi impit saya terus beli yang segera kat pasaraya. Balik umah rebus jer..

Sunday, January 25, 2009

Singgang Tulang

Tulang Lembu 1/2 kilo
Bahan B
Lengkuas 3 inci (agak-agak le)
Halia 1 inci
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 1 ulas
Ketumbar 1 sudu besar (ditumbuk)
Cili kering 2 tangkai (dipotong)
Asam gelugor 3 keping
Bahan perasa
p/s: jangan letak gula sebab rasa jadi lain
Rebus tulang lembu sampai tenggelam dengan api kecil. Tutup periuk.
Bila daging dah empuk masukkan bahan B. Biarkan 20 minit kemudian hidangkan.

p/s: Inilah menu kegemaran anak saya. Nanti bertambah-tambah dia makan nasi.
Seronokkan kalau masak ada orang hargai!!

Lunch yang simple

Udang Petai
Bahan A
250 gm udang basah
Bahan B
Cili kering 3 tangkai
Bawang merah 5 ulas
1 inci halia
1 ulas bawang putih
Air asam jawa

Blender bahan B kemudian tumis. Bila garing masukkan air asam jawa dan biar garing lagi. Pas tu bubuh petai. Bubuh lah perasa. Lastly masukkan bahan A. Goreng udang sampai masak dan hidangkan.
Simple kan?? cubalah..

Friday, January 23, 2009

Scramble egg with prawn & sosej

Sarapan pagi ni very simple. Salad pun dah habis. Alah, buat apa yang ada dalam peti ais. Malas nak buat juadah yang berat. Nanti tengahari masak lagi.
Kalau berani cubalah resepi simple di bawah.

Telur 2 biji (di pukul dan masukkan garam sedikit)
udang 10 ekor (potong kecik)
tomato 1 biji (dadu)
sosej 2 batang (hiris nipis)
bawang besar 1 biji (dadu)
1 sudu kicap rempah maggi (paket segera)
Daun salad untuk hiasan jika suka
Mayonis

Tumis bawang sampai layu kemudian masukkan udang. Setelah itu masukkan kicap rempah maggi dan kacau sebati. Tak payah masukkan perasa kerana kicap rempah maggi dah lengkap dengan perasa. Kemudian masukkan sosej dan tomato. Akhir sekali masukkan telur yang dipukul dan goreng sampai masak.

Sapukan mayonis dan letak daun salad kemudian bubuh scramble egg tadi dan boleh dihidang.

Pizza mama

Kakak minta mama buatkan pizza. Teringin katanya..
Rasa malas ada juga. Nak pergi Pizza hut? eemm! Boikot kut!! he2
Nak tak nak jadik la pizza yang simple macam ni. Ok le tu..

Wednesday, January 21, 2009

Anak sekolah

Anakku baru masuk darjah satu dah mula seronok pergi sekolah. Masuk minggu ketiga baru rasa best!! Tapi hari ni pulang dari sekolah muncungnya panjang sedepa.. Mama tanya kenapa??? Dia cakap dah naik malas nak pergi sekolah! Kenapa???Ada budak lelaki yang menangis pada hari pertama tu suka sangat buli kakak. Dia tarik tudung la, dia tarik cekak rambut la, dia tarik getah rambut la, tapi yang tak boleh tahan dia selalu tumbuk belakang kakak!! Ishk!!!tak boleh jadi ni..kakak bagitahu cikgu tapi cikgu buat derk jer..

Kakak suruh janji besok mama kena pergi sekolah bagi warning kat budak jahat tu!! Mama tersenyum..kerenah budak2 camner nak handle ek?? Ok ler besok nanti mama bagi warning kat budak tu jangan usik kakak lagi. Kakak senyum lebar...

Anak baru masuk sekolah! semua kerenah nak kena layan..kalau tidak dia mogok tak nak sekolah lagi!! Ishk..pening juga ekkk!!! Sayang anak mama mmmuaaah!!!