Wednesday, December 10, 2008

Resepi nasi kerabu


Sambal ikan

Bahan A
1 biji kelapa parut - digoreng tanpa minyak sampai garing

Bahan B
1 kilo ikan selayang - direbus dan di buang tulang
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
serai 6 batang
Satukan bahan B dan blender sampai lumat. Kemudian kacau dalam kuali diatas api biar sampai sedikit kering barulah masukkan kelapa yang telah digoreng tadi. Kacau biar rata kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa.

Budu

1 botol budu
1 batang serai
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia
2 helai daun limau purut
sedikit gula melaka


Campurkan semua bahan dan masakkan diatas api perlahan. Biarkan mendidih seketika kemudian angkat.

Sambal lada

5 biji cili merah
10 biji cili padi
cuka 5 sudu
sedikit air

Blender semua sekali sampai hancur dan masukkan garam gula secukup rasa.

Ayam serai

Ayam separuh ekor

Bahan A
5 batang serai
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 Sudu serbuk kunyit

Blender bahan A dan lumurkan pada ayam dan perap seketika. Setelah itu bolehlah digoreng.


Untuk ulaman terpulang pada individu. Sesuaikan dengan selera dan kreativiti anda.

1 comment:

Has Ismail said...

sedapnyer..feweret nih