Showing posts with label resipi ala kampung. Show all posts
Showing posts with label resipi ala kampung. Show all posts

Friday, January 30, 2009

Ikan kukus mama

1 ekor ikan siakap
Bahan A
1 biji bawang besar(potong bulat)
2 ulas bawang putih(ketuk)
1 inci halia(hiris)
1 biji tomato(potong)
1 biji limau nipis(perah ambil air)
5 tangkai cili padi (ketuk)
Daun sup (di hiris)
Serai (ketuk)
Asam boi 2 biji
Perasa
Taburkan bahan A ke atas ikan siakap dan kukus selama 20 minit. Kemudian hidangkan.

Nasi impit sambal kelapa

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)
Bahan B
Ikan selayang 5 ekor (rebus ambil isinya)
Serai 5 batang (hiris)
Bawang kecik 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci
Gula melaka 2 keping
garam secukup rasa

Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan diatas api sampai kering. Masukkan perasa.kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit rasanya sedikit manis baru ada umph!
Supaya sambal kelapa nampak cantik dan sedap blender lagi dengan blender kering agak-agak separuh lumat. Pas tu boleh dihidangkan.

p/s: salah satu makanan kegemaran anak. Hubby lagi suka laa..

Nasi impit saya terus beli yang segera kat pasaraya. Balik umah rebus jer..

Sunday, January 25, 2009

Singgang Tulang

Tulang Lembu 1/2 kilo
Bahan B
Lengkuas 3 inci (agak-agak le)
Halia 1 inci
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 1 ulas
Ketumbar 1 sudu besar (ditumbuk)
Cili kering 2 tangkai (dipotong)
Asam gelugor 3 keping
Bahan perasa
p/s: jangan letak gula sebab rasa jadi lain
Rebus tulang lembu sampai tenggelam dengan api kecil. Tutup periuk.
Bila daging dah empuk masukkan bahan B. Biarkan 20 minit kemudian hidangkan.

p/s: Inilah menu kegemaran anak saya. Nanti bertambah-tambah dia makan nasi.
Seronokkan kalau masak ada orang hargai!!

Lunch yang simple

Udang Petai
Bahan A
250 gm udang basah
Bahan B
Cili kering 3 tangkai
Bawang merah 5 ulas
1 inci halia
1 ulas bawang putih
Air asam jawa

Blender bahan B kemudian tumis. Bila garing masukkan air asam jawa dan biar garing lagi. Pas tu bubuh petai. Bubuh lah perasa. Lastly masukkan bahan A. Goreng udang sampai masak dan hidangkan.
Simple kan?? cubalah..

Thursday, December 25, 2008

satay goreng eiz


Satay Ayam Bahan A
ekor ayam (buang tulang la. Pas tu potong dadu)
Bahan B
Serai 6 batang
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 2 inci
Kunyit 2 inci
Lengkuas 1/2 inci
Jintan manis 1 sudu teh rata
Jintan putih 1 sudu teh rata
Air gula melaka 1 cawan (pekat)
Madu 1/2 cawan
Garam secukup rasa

Blender bahan B sehingga hancur. Kemudian gaulkan dengan ayam yang telah dipotong dadu. Kemudian perapkan beberapa jam. Setelah itu gorengkan di dalam kuali dan masukkan sedikit minyak kuah kacang tanah.goreng sampai garing. Ataupun lebih senang masukkan je dalam microwave. Pas tu dah masak cucuk dengan lidi. Makan dengan kuah kacang tanah.

Kuah kacang tanah
1 kilo kacang tanah. Digoreng tanpa minyak atau bakar je dalam oven suhu 140 c dalam masa 40 minit. Pas tu ramas dan blender kering.
Santan 250 gram
Bahan B
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci
Lengkuas 1/2 inci
Secubit jintan manis
Secubit jintan putih
Cili kering 5 tangkai

Bahan c
Gula melaka 2 keping(terpulang pada citarasa anda.kalau x cukup manis tambah lagi)
Garam secukup rasa.
Air asam jawa 1/2 cawan
Serai 1 batang (diketuk)

Blender bahan B. Panaskan minyak masak 1 cawan. Kemudian tumiskan bahan yang diblend sehingga garing. Masukkan santan. Setelah mendidih masukkan kacang yang telah diblend tadi. Kacau sampai pekat dan akhir sekali masukkan bahan c. Biarkan seketika mendidih dan kepekatan kuah terpulang pada anda. Pas tu hidangkan. Minyak kuah kacang boleh diambil untuk goreng satay.
P/s: satay ini ditujukan khas buat eiz yang mengidam. Kalau tak buat jaga!!!

Wednesday, December 10, 2008

Resepi nasi kerabu


Sambal ikan

Bahan A
1 biji kelapa parut - digoreng tanpa minyak sampai garing

Bahan B
1 kilo ikan selayang - direbus dan di buang tulang
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
serai 6 batang
Satukan bahan B dan blender sampai lumat. Kemudian kacau dalam kuali diatas api biar sampai sedikit kering barulah masukkan kelapa yang telah digoreng tadi. Kacau biar rata kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa.

Budu

1 botol budu
1 batang serai
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia
2 helai daun limau purut
sedikit gula melaka


Campurkan semua bahan dan masakkan diatas api perlahan. Biarkan mendidih seketika kemudian angkat.

Sambal lada

5 biji cili merah
10 biji cili padi
cuka 5 sudu
sedikit air

Blender semua sekali sampai hancur dan masukkan garam gula secukup rasa.

Ayam serai

Ayam separuh ekor

Bahan A
5 batang serai
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 Sudu serbuk kunyit

Blender bahan A dan lumurkan pada ayam dan perap seketika. Setelah itu bolehlah digoreng.


Untuk ulaman terpulang pada individu. Sesuaikan dengan selera dan kreativiti anda.