Friday, January 30, 2009

Ikan kukus mama

1 ekor ikan siakap
Bahan A
1 biji bawang besar(potong bulat)
2 ulas bawang putih(ketuk)
1 inci halia(hiris)
1 biji tomato(potong)
1 biji limau nipis(perah ambil air)
5 tangkai cili padi (ketuk)
Daun sup (di hiris)
Serai (ketuk)
Asam boi 2 biji
Perasa
Taburkan bahan A ke atas ikan siakap dan kukus selama 20 minit. Kemudian hidangkan.

Nasi impit sambal kelapa

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)
Bahan B
Ikan selayang 5 ekor (rebus ambil isinya)
Serai 5 batang (hiris)
Bawang kecik 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci
Gula melaka 2 keping
garam secukup rasa

Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan diatas api sampai kering. Masukkan perasa.kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit rasanya sedikit manis baru ada umph!
Supaya sambal kelapa nampak cantik dan sedap blender lagi dengan blender kering agak-agak separuh lumat. Pas tu boleh dihidangkan.

p/s: salah satu makanan kegemaran anak. Hubby lagi suka laa..

Nasi impit saya terus beli yang segera kat pasaraya. Balik umah rebus jer..

Sunday, January 25, 2009

Singgang Tulang

Tulang Lembu 1/2 kilo
Bahan B
Lengkuas 3 inci (agak-agak le)
Halia 1 inci
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 1 ulas
Ketumbar 1 sudu besar (ditumbuk)
Cili kering 2 tangkai (dipotong)
Asam gelugor 3 keping
Bahan perasa
p/s: jangan letak gula sebab rasa jadi lain
Rebus tulang lembu sampai tenggelam dengan api kecil. Tutup periuk.
Bila daging dah empuk masukkan bahan B. Biarkan 20 minit kemudian hidangkan.

p/s: Inilah menu kegemaran anak saya. Nanti bertambah-tambah dia makan nasi.
Seronokkan kalau masak ada orang hargai!!

Lunch yang simple

Udang Petai
Bahan A
250 gm udang basah
Bahan B
Cili kering 3 tangkai
Bawang merah 5 ulas
1 inci halia
1 ulas bawang putih
Air asam jawa

Blender bahan B kemudian tumis. Bila garing masukkan air asam jawa dan biar garing lagi. Pas tu bubuh petai. Bubuh lah perasa. Lastly masukkan bahan A. Goreng udang sampai masak dan hidangkan.
Simple kan?? cubalah..

Friday, January 23, 2009

Scramble egg with prawn & sosej

Sarapan pagi ni very simple. Salad pun dah habis. Alah, buat apa yang ada dalam peti ais. Malas nak buat juadah yang berat. Nanti tengahari masak lagi.
Kalau berani cubalah resepi simple di bawah.

Telur 2 biji (di pukul dan masukkan garam sedikit)
udang 10 ekor (potong kecik)
tomato 1 biji (dadu)
sosej 2 batang (hiris nipis)
bawang besar 1 biji (dadu)
1 sudu kicap rempah maggi (paket segera)
Daun salad untuk hiasan jika suka
Mayonis

Tumis bawang sampai layu kemudian masukkan udang. Setelah itu masukkan kicap rempah maggi dan kacau sebati. Tak payah masukkan perasa kerana kicap rempah maggi dah lengkap dengan perasa. Kemudian masukkan sosej dan tomato. Akhir sekali masukkan telur yang dipukul dan goreng sampai masak.

Sapukan mayonis dan letak daun salad kemudian bubuh scramble egg tadi dan boleh dihidang.

Pizza mama

Kakak minta mama buatkan pizza. Teringin katanya..
Rasa malas ada juga. Nak pergi Pizza hut? eemm! Boikot kut!! he2
Nak tak nak jadik la pizza yang simple macam ni. Ok le tu..

Wednesday, January 21, 2009

Anak sekolah

Anakku baru masuk darjah satu dah mula seronok pergi sekolah. Masuk minggu ketiga baru rasa best!! Tapi hari ni pulang dari sekolah muncungnya panjang sedepa.. Mama tanya kenapa??? Dia cakap dah naik malas nak pergi sekolah! Kenapa???Ada budak lelaki yang menangis pada hari pertama tu suka sangat buli kakak. Dia tarik tudung la, dia tarik cekak rambut la, dia tarik getah rambut la, tapi yang tak boleh tahan dia selalu tumbuk belakang kakak!! Ishk!!!tak boleh jadi ni..kakak bagitahu cikgu tapi cikgu buat derk jer..

Kakak suruh janji besok mama kena pergi sekolah bagi warning kat budak jahat tu!! Mama tersenyum..kerenah budak2 camner nak handle ek?? Ok ler besok nanti mama bagi warning kat budak tu jangan usik kakak lagi. Kakak senyum lebar...

Anak baru masuk sekolah! semua kerenah nak kena layan..kalau tidak dia mogok tak nak sekolah lagi!! Ishk..pening juga ekkk!!! Sayang anak mama mmmuaaah!!!

Thursday, January 15, 2009

Allah lebih menyayangi INA

Hari ini kawan sepermainanku juga kawan sepermainan arwah Mek Ros masa kecil telah kembali ke rahmatullah kerana menderita sakit jantung dan barah usus. Di usia 20 tahun dia telah berulang alik ke hospital kerana merawat penyakit yang tidak pernah sembuh. Hari ini di usia 35 tahun dia telah pergi mengadap ilahi meninggalkan suami dan 3 anaknya yang masih kecil. Suasana pilu menyelubungi seisi rumah bila anaknnya memanggil-manggil ibunya..mama pergi takkan balik lagi! Tapi dia cukup bertuah kerana mempunyai seorang suami yang begitu banyak berkorban tenaga dan wang ringgit demi menyembuhkannya. Namun ajal maut ditanganNYA. Allah lebih menyayangimu Ina...semoga rohmu dicucuri rahmat. Amin..

Friday, January 9, 2009

Anakku masuk darjah satu

'Mama ni apasal bawak keta 60 jer..selalunya mama bawak 100! ni mesti lambat sampai. kakak dah tak sabar nak sekolah", Kakak dah cemas. Ini jalan kampung laa..mesti slow..jap lagi sampai ler.. - Wah! dah tak sabar anak mama nak kesekolah
Hari pertama memang sangat-sangat ok. Nampak macam dah besar..
Haa! dah stat dikir barat dah...tak nak! tak nak! nak suruh mama tunggu adik!!!
Kakak pulak bagai nak rak ketawakan dia..eleh kakak macam bagus sangat!!
HARI KEDUA
"Mama, penat lah gi sekolah. Pukul satu baru balik. Masa sekolah tadika pukul 11 dah balik tau! kakak rasa ngantuk, lapar, boring!!",
HARI KETIGA
Hari ni best friend kakak tak boleh gi sekolah sebab demam. Kakak dah monyok..
Sesampai je dalam kelas mama minta diri kakak dah menangis." Nak ikut mama balik tak nak sekolah", "Kenapa??", "kakak tak tahu nak gi kantin! kakak tak tahu jalan nak balik, semua kakak tak tahu!! kakak nak ikut mama balik!!!!", Nangisnya makin kuat lah..Aduh! gawat nih..
Nasib baik dengan pertolongan cikgu kelas kakak dah ok sikit tapi kena janji rehat pukul 10 datang bawa bekal..
HARI KEEMPAT
Macam semalam juga walaupun best friend dia datang. Pujuk2 ok ler tapi rehat pukul 10 kena datang bawa bekal. Pukul 9.45 mama tercangguk le dekat pondok jaga. Sambil tunggu kakak keluar borak-borak ngan jaga.
10.30 loceng berbunyi. Waktu rehat dah habis. Mama nak balik dah..laa kakak melalak lagi.."kakak ni kenapa??kalau macam ni perangai mama tak nak datang lagi", "kakak nak mama hantar sampai kelas", Tangisan dah reda sikit. Kena ugut sikit baru boleh pakai..
HARI KELIMA
Hari ni kakak dah ok. Malam tadi abah dah pesan tak boleh nangis lagi. Sebab kakak dah cerdik. Abah tanya kenapa kakak nangis??"Kakak boring!!!blajar abc macam sekolah tadika jugak..",
4 tahun kakak dah masuk sekolah. 5 tahun kakak dah boleh baca. Agaknya tu ler dia boring..
Nanti dah biasa ok ler tu...ragam anak, macam2!!

Friday, January 2, 2009

Perginya seorang sahabat

Pada 02hb jan. 2009 jam 3 petang, hari jumaat aku menerima panggilan dari adikku mengatakan Mek Ross dah meninggal sebentar tadi. Aku terkedu sesaat..Mek Ross??? 3 minggu lepas aku pergi melawat dia jatuh motosikal. Baru keluar hospital tapi nampak macam dah ok. Cuma katanya tak boleh bangun kepala jadi pening. Terkilannya aku..aku selalu balik kampung, 2 3 hari lepas pun balik kampung..tapi selalu buat2 sibuk sampai tak terjengah kawan yang sedang sakit...mati2 aku ingat dia dah ok. Ya Allah! aku tak sempat...Dengan linangan airmata aku bergegas kekampung. Moga2 sempatlah aku menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum dia disemadikan. Sesampai disana rumahnya dipenuhi orang ramai yang amat..dia seorang kawan yang baik, dengan sesiapa pun...sebab itulah kunjungan orang ramai tak putus2. Terasa benar orang ramai kehilangannya..
Ku buka kain yang menutupi jenazahnya..seraut wajah pucat yang cengkung kelihatan tenang hampir tersenyum..kenangan bersamanya terimbau. Ross..kita sebaya, tapi kau yang pergi dulu..kau berjanji nak pergi tidur rumah baru aku bila kau jumpa doktor pakar jantung di KB! cepatnya kau pergi Ross. Pergi membawa penderitaan yang kau galas selama hayatmu. Kau seorang ibu tunggal yang sangat tabah. Diusia anak lelaki tungalmu setahun lebih kau ditinggalkan suami. Sehinggalah hari ini usianya 13 tahun kau tak pernah mengeluh membesarkan anak dengan titik peluhmu sendiri tanpa bantuan sesiapa mahupun ibumu sendiri. Hari ini hari jumaat, kau tinggalkan anak kesayanganmu Ross..ajal maut ketentuan Allah. kita sebagai hamba kena redha dan bersedia..Ku seka airmata yang tumpah. Lalu kuminta diri kerumah ibuku. Aku ingin redakan kesedihanku sebentar.
Di saat ingin pulang ibuku memberitahu Mek Ross teringin sangat nak makan mee goreng masa harijadi anakku tempohari. Ya Allah!!!aku langsung terlupa! kesibukan pada hari itu benar2 buat aku lupa menghantar mee goreng untuknya. Hatiku seperti dirobek-robek, Dadaku terasa sakit!! Ross..ampunkanlah aku! aku bukannya seorang kawan yang baik sepertimu.

Semasa aku menulis entry ini airmataku masih lebat dipipi. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..Ross, Alfatihah dariku akan sentiasa mengiringimu...Amin

Thursday, January 1, 2009

Kad tahun baru dari liyaNNuar

Terima kasih bagi kad sempena tahun baru. Semoga tahun baru ini LiyaNNuar happy dan dimurahkan rezeki hendaknya...

releks jap

Dah lama tak buat resepi kek..kite releks dulu lah yer..xder mood nak buat kek loni. Sibuk nar sminggu dua nih. Tambah nanti dah buka sekolah lagi x dan nak buat kek. Kalau ade masa saya akan post resepi terbaru ok! sementara ni kite releks dulu..he he

Tolong menolong

On the way nak balik KK ada ler mamat ni senyum-senyum tepi jalan mintak pertolongan. Nak pinje... tayar keta dia pancit pulak dah. Apa salahnya kita tolong orang nanti berganda-ganda tuhan balas kat kite. Pas tu mat Myanmar datang tolong. Prihatin juga dia nih...

Pas tu dah nak balik mat Myanmar ni kata dia jual kropok..kite pun beli ler..tukar-tukar la! dia tolong kite, kite tolong dia pulak..he he

Oh Rumahku

Kakak dah tak sabar nak duduk umah baru. Kecik pun tak per la janji baru..he he

Balik KB nak tengok umah. Sekali tengok round kat dapur tu rasa panas semacam jer..Orang nak 4 segi la...apasal lak jadi cam tuh! Jap, tepon tukang..tukang kata tak ada 4 segi tepat, ada segi yang macam tu jer..ari tu cakap lain ari ni lain pulak! rasa kelakar pun ada..tapi dalam panas hati pun nak buat camner dah..dah terbuat..takperlah! nanti dah dicat cantik le tu. tak der 4 segi 1/2 segi pun ok ler... tak kata gitu nak kata guaner!!!!!!!!