Thursday, January 15, 2009

Allah lebih menyayangi INA

Hari ini kawan sepermainanku juga kawan sepermainan arwah Mek Ros masa kecil telah kembali ke rahmatullah kerana menderita sakit jantung dan barah usus. Di usia 20 tahun dia telah berulang alik ke hospital kerana merawat penyakit yang tidak pernah sembuh. Hari ini di usia 35 tahun dia telah pergi mengadap ilahi meninggalkan suami dan 3 anaknya yang masih kecil. Suasana pilu menyelubungi seisi rumah bila anaknnya memanggil-manggil ibunya..mama pergi takkan balik lagi! Tapi dia cukup bertuah kerana mempunyai seorang suami yang begitu banyak berkorban tenaga dan wang ringgit demi menyembuhkannya. Namun ajal maut ditanganNYA. Allah lebih menyayangimu Ina...semoga rohmu dicucuri rahmat. Amin..

5 comments:

hazlin said...

salam singgah.
Semoga roh nya di limpahi Rahmat Ilahi.

Detogti said...

Assalammualaikom..
Semoga roh nya di limpahi Rahmat Ilahi.

mamakakak said...

Alfatihah..Amin

paatz said...

al fatihah

@LiYaNNuaR said...

salam kak... Al-Fatihan dan takziah utk kuarganya...