Friday, January 2, 2009

Perginya seorang sahabat

Pada 02hb jan. 2009 jam 3 petang, hari jumaat aku menerima panggilan dari adikku mengatakan Mek Ross dah meninggal sebentar tadi. Aku terkedu sesaat..Mek Ross??? 3 minggu lepas aku pergi melawat dia jatuh motosikal. Baru keluar hospital tapi nampak macam dah ok. Cuma katanya tak boleh bangun kepala jadi pening. Terkilannya aku..aku selalu balik kampung, 2 3 hari lepas pun balik kampung..tapi selalu buat2 sibuk sampai tak terjengah kawan yang sedang sakit...mati2 aku ingat dia dah ok. Ya Allah! aku tak sempat...Dengan linangan airmata aku bergegas kekampung. Moga2 sempatlah aku menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum dia disemadikan. Sesampai disana rumahnya dipenuhi orang ramai yang amat..dia seorang kawan yang baik, dengan sesiapa pun...sebab itulah kunjungan orang ramai tak putus2. Terasa benar orang ramai kehilangannya..
Ku buka kain yang menutupi jenazahnya..seraut wajah pucat yang cengkung kelihatan tenang hampir tersenyum..kenangan bersamanya terimbau. Ross..kita sebaya, tapi kau yang pergi dulu..kau berjanji nak pergi tidur rumah baru aku bila kau jumpa doktor pakar jantung di KB! cepatnya kau pergi Ross. Pergi membawa penderitaan yang kau galas selama hayatmu. Kau seorang ibu tunggal yang sangat tabah. Diusia anak lelaki tungalmu setahun lebih kau ditinggalkan suami. Sehinggalah hari ini usianya 13 tahun kau tak pernah mengeluh membesarkan anak dengan titik peluhmu sendiri tanpa bantuan sesiapa mahupun ibumu sendiri. Hari ini hari jumaat, kau tinggalkan anak kesayanganmu Ross..ajal maut ketentuan Allah. kita sebagai hamba kena redha dan bersedia..Ku seka airmata yang tumpah. Lalu kuminta diri kerumah ibuku. Aku ingin redakan kesedihanku sebentar.
Di saat ingin pulang ibuku memberitahu Mek Ross teringin sangat nak makan mee goreng masa harijadi anakku tempohari. Ya Allah!!!aku langsung terlupa! kesibukan pada hari itu benar2 buat aku lupa menghantar mee goreng untuknya. Hatiku seperti dirobek-robek, Dadaku terasa sakit!! Ross..ampunkanlah aku! aku bukannya seorang kawan yang baik sepertimu.

Semasa aku menulis entry ini airmataku masih lebat dipipi. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..Ross, Alfatihah dariku akan sentiasa mengiringimu...Amin

5 comments:

Tirana said...

Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

mat yus said...

al-fatihah kpd semua umat islam yg telah meninggal dunia...

Sufi Idany said...

Alfatihah utk Arwah. Semoga Allah tempatkan dia bersama yang soleh. amin.

p/s : mama, saya akan ke sarawak.... :D rezeki saya....

nnt ajarkan saya wat kek bleh? tingin nak blaja wat kek keladi....

ZDIN said...

semasa hidupnya dia terlalu banyak menderita.semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya..
sufi,best apa kena di sarawak!boleh kenal tempat orang..

mamakakak said...

laa salah sign in ngan husband pulaak..sori..