Tuesday, December 30, 2008

Awards dari iEz

Balik kampung 2 hari. Pagi ni baru buka pc. Tengok shoutbox iez suruh ambik award kat blog dia. Ni ler first time dapat award. Apa rasa yek..tak tahu nak cakap apa..rasa macam best giler. Terima kasih iez kerana memberi penghargaan dan sokongan pada mamakakak. Pasal award nih..tq so much...semoga iEz happy selalu..
Dan untuk syarat yang dikenakan iez mamakakak tempel la 10 fakta/hobi. Tak der apa2 yang istimewa pun..

1. Umur 35 tahun. Kerja house wife.

2. Actually kosong pasal net world tapi husband yang banyak membantu. Loni ok ler..sikit2 ada yang tahu. tapi selalu hubby kat belakang.

3.Minat yang paling ketara adalah memasak. Ada jer idea nak masak apa. Anak2 pun suka.Hubby lagi suka..

4.Minat yang kedua adalah mengandam pengantin yang sekarang ini telah menjadi kerja part time di kala cuti sekolah. Suka bila make up orang muka dia jadi cantik. Rasa puas hati semacam jer...Pas tu tengok pengantin pulak tersengeh-sengeh suka..(jurukecantikan bertauliah)

5.Pasal movie..saya suka tengok ceta komedi dan seram. Ceta ganas tak berapa nak minat.

6.Sekarang ni saya menetap di kuala krai dan tahun depan bila rumah baru siap kami akan berpindah ke Kota bharu.

7.Adik beradik semuanya 7 orang. Yang bongsu 15 tahun. Mak masih ada lagi ayah dan meninggal 3 tahun lepas. Saya ni anak yatim ler..

8.Kawan2? Saya tak ramai kawan. Sebab saya house wife maka masa saya seharian dihabiskan dirumah. Adik beradik saya di KL tempat saya bermanja dan mengadu. Merekalah kawan rapat saya sampai mati. Susah dan senang sentiasa bersama..

9.Kampung asal saya Kuala Krai. Nama kampung Chuchuh Puteri A. Unik kan?

10. Saya happy sangat. Dari tak tahu apa-apa sekarang dah ada blog sendiri. Ada pulak kawan2 yang selalu menyinggah dan bercerita. Dunia dan hidup ini sangat indah sebenarnya...TQ iEz

Di bawah ini saya senaraikan penerima award.

1 IZAN

2 PAPAITAM(UMIE)

3 CT DELIMA

4 MAT YUS

5 MAT

6 PENJURUALAM

7 KITARO SUZUKI

8 SHAM

9 TIRANA

10 KIMIADANAKU

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award"p/sdi atas untuk diletakkan di blog anda

.2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog mamakak untuk mendapatkan award anda".Terima kasih!

p/s:love you all

Monday, December 29, 2008

Tat gulung

1 Butter
1 biji telur
gula 1/2 cawan
1 sudu esen vanilla
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung

Putar butter dan gula sampai kembang kemudian masukkan telur sebiji. Putar biar rata kemudian masukkan tepung. Uli biar jadi doh kemudian terapkan dengan acuan biskut tat. Bubuh inti (jem nenas) kemudian gulung. Bakar.































p/s : Tat gulung ni ditempah oleh customer tetap dari chuchuh puteri. Orang KL sori lah yer tak der terlebih..telan air liur dulu..

Thursday, December 25, 2008

satay goreng eiz


Satay Ayam Bahan A
ekor ayam (buang tulang la. Pas tu potong dadu)
Bahan B
Serai 6 batang
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 2 inci
Kunyit 2 inci
Lengkuas 1/2 inci
Jintan manis 1 sudu teh rata
Jintan putih 1 sudu teh rata
Air gula melaka 1 cawan (pekat)
Madu 1/2 cawan
Garam secukup rasa

Blender bahan B sehingga hancur. Kemudian gaulkan dengan ayam yang telah dipotong dadu. Kemudian perapkan beberapa jam. Setelah itu gorengkan di dalam kuali dan masukkan sedikit minyak kuah kacang tanah.goreng sampai garing. Ataupun lebih senang masukkan je dalam microwave. Pas tu dah masak cucuk dengan lidi. Makan dengan kuah kacang tanah.

Kuah kacang tanah
1 kilo kacang tanah. Digoreng tanpa minyak atau bakar je dalam oven suhu 140 c dalam masa 40 minit. Pas tu ramas dan blender kering.
Santan 250 gram
Bahan B
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci
Lengkuas 1/2 inci
Secubit jintan manis
Secubit jintan putih
Cili kering 5 tangkai

Bahan c
Gula melaka 2 keping(terpulang pada citarasa anda.kalau x cukup manis tambah lagi)
Garam secukup rasa.
Air asam jawa 1/2 cawan
Serai 1 batang (diketuk)

Blender bahan B. Panaskan minyak masak 1 cawan. Kemudian tumiskan bahan yang diblend sehingga garing. Masukkan santan. Setelah mendidih masukkan kacang yang telah diblend tadi. Kacau sampai pekat dan akhir sekali masukkan bahan c. Biarkan seketika mendidih dan kepekatan kuah terpulang pada anda. Pas tu hidangkan. Minyak kuah kacang boleh diambil untuk goreng satay.
P/s: satay ini ditujukan khas buat eiz yang mengidam. Kalau tak buat jaga!!!

Monday, December 22, 2008

Semalam yang hangat


December ini...kita dipertemukan...gelaktawa dan gurau senda akan ku abadikan dalam diary hatiku. Semoga persahabatan ini akan berkekalan selamanya.

Noni..Balik klate nanti jangan buang nama akak yer...
Ayu.. terima kasih kerana banyak bagi ilmu dan info pasal bridal..semoga sukses dalam bisnes..
Lidya..belajarlah berdikari kerana hidup kita selalunya tak seindah yang diimpikan selalu..
Suzi..Kerja janganlah kuat sangat sampai tak der masa nak cari gewe..
Lina..Kerja tu biar la rajin2 sikit. Tahun depan nak kawin. Kata wedding of the year..

Besday Kakak & Nia







Budak2 berdua ni birthday sorang bulan December, sorang lagi bulan Januari tapi kalau buat kena dua2 skali kalau tidak gaduhnya sebesar-besar alam!
Tapi paling seronok birhtday diaorang setiap tahun buat kat kampong. Suka tengok budak-budak melaram pakai cantik-cantik nak ambik gambar kan!! Dan sayalah yang paling gembira masak untuk budak2. Diaorang tak pandai komen tau! asyik cakap sedap!sedap!sedap!

Kek birthday

Besday anak-anak baru-baru ini tak sempat nak buat sendiri. Terpaksa beli kat kedai. Anak-anak cakap sedap mama buat lagi..yelah..memang dah tahu pun!he he

Kartu persahabatan


Tanda persahabatan ikhlas dari Umie dan keluarga..semoga apa yang dijalin akan berkekalan...

Balik doh wei

Sekembalinya dari kursus terus kena demam teruk. Penat agaknya berkursus dari pagi sampai malam sampai nak jengah blog pun tak larat.hari ni baru boleh bangun. Rasa rindu menggebu-gebu pada kawan-kawan blogger. Terima kasih lah pada kawan2 yang sudi menjengah blog mamakakak -Ummie - Izan - iez - Mat yus - Ct Delima - Nani - Norsham - Azza dan kawan-kawan yang lain ada yang menjengah tapi sengaja tak nak tonjolkan diri tu tima kasih ler banyak2. Kau orang sumer dekat dihati...

Saturday, December 13, 2008

Makluman

Kepada kawan2 blogger mamakakak bermula pada hari ini blog mama tak ada tuan rumah untuk jangkamasa seminggu atau lebih kerana menghadiri kursus Solekan, Andaman & Beauty Spa di hotel De Palma Shah Alam. Kawan2 yang disayangi, terima kasih kerana selama ini sudi singgah bertenggek di blog mamakakak yang cuma sekadar tempelan ini. Walaupun tuan rumah tak ada jangan ler malu2 jengah sekejap. Pintu tak kunci tau..tengok apa yang patut takut ada kecurian! jiran mesti prihatin woo..he!he!he! ta ta..

Makan malam




Pagi raya




Sekejap di Pagi Raya..

Friday, December 12, 2008

HERO


Haa! nilah penyelamat kita pada pagi raya tuu. Walaupun kereta orang jahat tu cucuk-cucuk dia dari belakang pun dia tetap cool tau.

Bang Joe..tima kaceh yee..

Wednesday, December 10, 2008

Peristiwa hitam di pagi raya

Kepada kawan-kawan diluar sana, disini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah hitam saya pada pagi Hari Raya Korban.Saya dan adik-adik dah sepakat nak balik kampong pada malam raya kerana masing-masing sibuk dan masih tak dapat cuti.Pada jam 12 malam kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai. Sepanjang perjalanan kami begitu seronok dan singgah tapau Mc D agar dapat menahan mata dari mengantuk. Maklumlah kalau penumpang tertidur driver pun ikut mengantuk lah ye..Biarpun perut terasa kenyang tapi mata tetap mengantuk. Akhirnya kami dua beradik di belakang terlelap..
Lena saya yang tak seberapa itu dikejutkan oleh suara adik yang separuh menjerit! Terkulat-kulat saya tanya kenapa. Dengan suaranya yang ketakutan yang amat sangat dia menunjukkan kearah kereta wira berwarna merah didepan kami sedang melibas-libas sabit panjang kearah kami. Signal kiri diberikan mengarahkan kami berhenti ditepi jalan. Mengucap panjang kami semua. Pada waktu itu jam 6 pagi, suasana teramat sunyi dan lengang kerana hanya kami sahaja yang berada diatas jalan.Dalam hati ku tak putus-putus minta pertolongan daripada Allah agar dijauhi bala yang didepan mata ini.Adik-adikku dua orang tu dah tak terkata.Dalam hati diorang "matilah aku kali ini kena samun",.
Tapi nasib baik driver kita ni cool.tak menggelabah.Orang lelaki kan..Dia kata "kat belakang rasanya ada lori.kita tunggu dan saing ngan dia", Masa adik ipar tengah berhenti tu serasa penyamun tu dah bukak pintu kereta.Punya la takut! Tapi kereta tu tak berani bila lori kat belakang sampai. Kita ikut je lori sampai kat simpang ke kampung mak.Dan kereta yang melibas-libas sabit panjangnya tadi tak kelihatan lagi. Kami mengurut dada tapi kepala lutut tak berhenti menggigil. Allah telah melindungi kami sekeluarga. Inilah pertama kali pengalaman kami yang menakutkan dan amat berharga. Satu pengajaran buat kami sekeluarga, jangan lagi balik kampung pada waktu begini dan cubalah saing dengan kawan-kawan sejalan dengan kita. Bila kita bersendirian bermakna kita memberi ruang kepada penjahat-penjahat diluar sana mengambil kesempatan.Semoga dijauhi segala bahaya...

Resepi nasi kerabu


Sambal ikan

Bahan A
1 biji kelapa parut - digoreng tanpa minyak sampai garing

Bahan B
1 kilo ikan selayang - direbus dan di buang tulang
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
serai 6 batang
Satukan bahan B dan blender sampai lumat. Kemudian kacau dalam kuali diatas api biar sampai sedikit kering barulah masukkan kelapa yang telah digoreng tadi. Kacau biar rata kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa.

Budu

1 botol budu
1 batang serai
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia
2 helai daun limau purut
sedikit gula melaka


Campurkan semua bahan dan masakkan diatas api perlahan. Biarkan mendidih seketika kemudian angkat.

Sambal lada

5 biji cili merah
10 biji cili padi
cuka 5 sudu
sedikit air

Blender semua sekali sampai hancur dan masukkan garam gula secukup rasa.

Ayam serai

Ayam separuh ekor

Bahan A
5 batang serai
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 Sudu serbuk kunyit

Blender bahan A dan lumurkan pada ayam dan perap seketika. Setelah itu bolehlah digoreng.


Untuk ulaman terpulang pada individu. Sesuaikan dengan selera dan kreativiti anda.

Tuesday, December 2, 2008

Nasi kerabu

Balik kampung minggu lepas terasa nak makan nasi kerabu je..abih tu kita orang pakat buat ramai-ramai. Dikelantan sarapan pagi makan nasi kerabu baru ada umph!
Dalam gambar tu sebenarnya belum cukup syarat lagi. Dia nak kena ada telur masin,bawang jeruk dan ikan celup tepung. Tapi last minit kita orang buat keputusan jadi buatlah apa yang ada. Ayam pun sedap juga...satu lagi nasi tak kaler biru sebab bunga nasi kerabu kena makan kambing. Belum sempat kita petik dia dah ngap!






Kalau nak makan beginilah rupanya....







Haaa! boss dah angkat ibu jari! sedaplah tuu....

Info banjir




Minggu lepas aku dan family balik kampung.hajat di hati nak balik sehari dua je..tak sangka pulak sangkut dengan banjir. Jalan nak balik kuala krai ditutup. Mak telefon cakap chuchuh puteri banjir besar. Uaaaaaa!ruginya tak dapat main banjir kat kampung sendiri!tahun lepas dah kena macam ni juga. Balik kampung suami pas tu sangkut banjir lagi..rasa terkilan pulak tak dapat tolong sedara mara mangsa banjir. Mak kata rumah diorang barang-barang semua tak dapat diselamatkan. Dapat selamatkan diri sendiri pun dah kira syukur alhamdullillah...

Saudara mara mangsa banjir menumpang teduh rumah mak dua tiga hari. Rugi lagi tak dapat interviu apa perasaan diorang...sepupu sepapat aku juga....

Wednesday, November 26, 2008

Amazing cakes








Nanti lah kalau ada masa nak juga cuba buat.. heh! heh!


Sunday, November 23, 2008

Mee goreng mama










Satu je aku suka pada budak berdua ni, asal dapat makan mesti cakap "pandailah mama masak",
Padahalnya sedap tak seberapa. Terutamanya yang kecik tu paling pandai mengampu. Walauapapun mama sayang kamu!!!

Saturday, November 22, 2008

Mari hias kek cawan

video

Jom buat fondant

video

Mousse


Pemanis mulut yang di perbuat daripada telur, krim dan diperisakan dengan coklat ataupun puri buahan. Di perkenalkan pada tahun 1960-an di Amerika dan England. Mousse pertama yang dicipta adalah mousse coklat.

Torte


Ia merupakan kek yang di perbuat daripada telur yang banyak dan dicampur dengan kekacang, serbuk roti dan tepung. Berasal dari Eropah tengah. Torte berasal dari perkataan dalam bahasa Jerman. Torte biasanya akan diaisingkan pada bahagian atas dan tengahnya. Tapi kalau di beberapa negara di Eropah, mereka tidak suka membuat kek di lapiskan dengan aising. Di Amerika kek di hari perkahwinan biasanya akan di lapiskan dengan aising dan ia di namakan torte juga.

Panna Cotta


Ia kelihatan seperti kek keju ataupun mousse. Panna cotta adalah pemanis mulut itali yang diperbuat daripada krim, susu, gula dan dicampurkan dengan gelatin. Kemudian ia dihiaskan dengan sos buah-buahan, coklat dan karamel.

Gateaux


Sejenis pemanis mulut yang di perbuat daripada lapisan bawahnya dengan kek span, pastri dan biskut ramas. Kemudian bahagian atasnya dibubuh kastad krim, kekacang, coklat, jeli ataupun buah-buahan. Pemanis mulut jenis ini popular di negara Perancis, Austria dan Swistzerland.

Tips membuat kek - mengelakkan kek menjadi kering

Bahan-bahan tidak disukat dengan betul.
Kadangkala penimbang jenis spring yang kita gunakan tidak berfungsi dengan betul. Ini menyebabkan sukatan menjadi tidak tepat. Anda disarankan menggunakan penimbang jenis digital kerana timbangannya lebih tepat. Harganya dalam lingkungan RM 120 dan boleh dibeli dikedai-kedai menjual kek. Walaupun harganya sedikit mahal dari penimbang jenis spring tetapi berbaloi menggunakankannya.

Suhu ketuhar
Dipasaran terdapat bebagai jenis ketuhar. Setiap ketuhar adalah berlainan. Biasanya untuk membakar kek mentega atau span suhunya ialah 180 C dan memakan masa 45 minit hingga 1 jam.Tetapi untuk kek lapis suhu yang biasa digunakan ialah 150 C. Kek menjadi kering kemungkinan suhu ketuhar tidak sesuai seperti terlalu panas ataupun dibakar terlalu lama. Bagi kek lapis masa membakar 5-7 minit kerana ia nipis. Jika dibakar terlalu lama ia menjadi kering. Kesimpulannya anda perlu sesuaikan ketuhar anda dengan jenis kek, suhu dan tempoh masa yang paling sesuai untuk kek anda.

Mengubah kuantiti bahan.
Ada sesetengah orang suka mengubah kuantiti bahan yang ditetapkan dalam resepi. Jika dalam resepi menghendaki 10 biji telur, tapi digunakan 9 sahaja. Jika 1oo gm susu pekat , dikurangkan
50 gm saja, kononnya nak jimat. Jangan amalkan sikap sedemikian kerana anda tidak akan mendapatkan hasil yang sepatutnya kerana bahan-bahannya telah dikurangkan.

Penyimpanan
Kek yang baru keluar dari ketuhar memang kering kerana masih lagi panas. Sebaiknya sejukkan kek anda semalaman dan keesokannya barulah boleh dipotong. Ini untuk memberi peluang kepada kek untuk menyerap lembapan udara dan mengeluarkan minyak bagi melembabkan kek tersebut. Ataupun setelah kek disejukkan balutkan dengan aluminium foil dan simpan semalaman. Keesokannya tentu kek menjadi lembab. Juga tidak boleh didedahkan pada udara persekitaran terlalu lama kerana membuatkannya kering. Hidang untuk dimakan saja yang selebihnya bungkus dengan aluminium foil atau plastik wrap dan simpan dalam bekas kedap udara.

Perbezaan bahan-bahan mentah
Bahan-bahan mentah memainkan peranan penting dalam pembuatan kek, kuih muih atau biskut. Bahan-bahan asas seperti mentega, gula, tepung dan telur maka terhasillah sesuatu produk itu. Penggunaan mentega tulin goldern churn lebih menghasilkan kek yang lebih lembab kerana kandungan airnya yang lebih. Jika gunakan mentega jenis lain kek lebih kering dan terpaksalah menambahkan sedikit air susu agar kek lebih lembab.
Penggunaan tepung seperti tepung gandum dan tepung kek juga menghasilkan perbezaan dari segi tekstur dan kelembapan kek. Jika anda membuat kek lapis atau lain-lain kek menggunakan tepung gandum biasa kek akan lebih kasar,keras atau kering. Oleh itu gunakan tepung kek atau superfine untuk membuat kek biasa dan untuk kek lapis sebaiknya gunakan tepung hong kong kerana ia lebih halus.
Penggunaan telur juga memainkan peranan kerana telur membekalkan cecair kepada adunan kek bagi menjadikannya lembab. Semua resepi dalam variasi kek lapis menggunakan telur gred A. Jika anda menggunakan telur gred B saiznya lebih kecil. Jika anda tidak menambahkan telur, maka adunan kek kekurangan cecair dan menjadikannya kering apabila masak.

Sumber: Majalah Saji

Thursday, November 20, 2008

Ganache Coklat


Ganache berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud 'cusion'. Ganache ada pelbagai fungsi
seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan menyalut kek.

Ganache yang asas menggunakan dua bahan iaitu krim pekat/krim putar (dairy whipping cream) dan coklat masakan. Bagamanapun anda boleh menambah mentega dan esen vanilla dalam adunan ganache. Krim pekat boleh digantikan dengan air, susu cair (evaporated milk), susu segar(fresh milk) atau susu UHT. Tetapi penggunaan bahan gantian ini menjejaskan kualiti ganache dari segi kekilatan dan teksturnya. Oleh itu hotel-hotel dan bakery, mereka lebih suka menggunakan krim pekat/krim putar kerana hasilnya lebih baik.

Jika anda mahu topping yang cair anda bolehlah gunakan setelah beberapa jam disejukkan. Jika mahu topping yang lebih tebal, sejukkan semalamam pada suhu bilik. Keesokkannya barulah boleh digunakan. Satu perkara perlu diingatkan coklat tidak boleh dicairkan dengan haba yang terlalu panas kerana akan menyebabkan keluarnya minyak pada permukaan coklat. Ini akan menjejaskan tekstur ganache.

Anda tidak boleh memasukkan ganache yang baru dicairkan terus kedalam peti sejuk. Ganache perlu disejukkan perlahan-lahan untuk membantu molekul-molekul dalam coklat dan krim itu menjadi sebati dengan baik.

Sukatan biasa digunakan membuat ganache ialah:
300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat ganache.
1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

video

Info sihat strawberi

Selain untuk kesihatan, strawberi juga memberi manfaat yang tidak terhingga untuk kecantikan.
* Strawberi kaya dengan vitamin c, baik untuk mendapatkan kulit yang cantik, sihat dan gebu. Strawberi juga boleh dijadikan sebagai ubat jerawat.
* Penggunaan masker strawberi sangat bermanfaat. Caranya: hancurkan strawberi dan campur dengan sedikit yogurt, sapukan pada wajah dan biarkan selama lebih kurang 15 minit, sebelum dibersihkan. Hasilnya pasti memberansangkan. Kulit anda akan kelihatan segar dan berseri.
* Makan secawan strawberi setiap hari boleh menurunkan risiko berbagai jenis kanser. Antaranya kanser pangkal rahim, payu dara dan paru-paru.
* Khasiat strawberi tidak akan berubah meski sudah diolah menjadi jus, kuih ataupun jem. Roti bakar yang disapu jem strawberi mengandungi 50 peratus lebih banyak antioksidan berbanding strawberi segar.
* Strawberi juga berguna untuk memutihkan gigi daripada menggunakan bahan kimia sebagai pemutih. Lebih baik anda mengunyah strawberi setiap hari selain gigi menjadi putih bau mulut pun akan hilang.
* Kandungan strawberi juga bermanfaat untuk menghaluskan kulit tubuh, kerana ia mampu menanggalkan sel-sel kulit mati. Cubalah berendam air yang dicampur dengan potongan buah strawberi, campuran susu dan minyak zaitun. Gosokkan diseluruh badan anda dan lihat hasilnya. Jika dibuat secara rutin, kulit menjadi lebih halus dan tidak kusam, juga tumit kaki tidak akan pecah-pecah.
* Strawberi juga berkhasiat meningkatkan kekuatan otak dan baik untuk mata.
Sumber info dari majalah SAJI

Srawberry Chocolate



Saya pernah mencubanya rasanya memang sedap ler. Sesiapa yang suka strawberry boleh ler buat. Nak buat simple makan pun sedaap!

Cara-cara membuat strawberry chocolate

Sumber: Youtube

video

Strawberry Cake













Bahan-bahan dan cara untuk membuat kek strawberi adalah sama dengan membuat kek Blueberry. Cuma bezanya anda perlu menyapu strawberry pie filling dan menyusun buah diatasnya. Terpulang pada kreativiti anda masing-masing.