Showing posts with label resipi kek. Show all posts
Showing posts with label resipi kek. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

MARBLE CAKE







Hidangan petang ini teringin nak makan marble cake. my daughter siap offer nak tolong buat. saya sediakan bahan2nya yang simple.

1 cawan penuh butter/marjerin
1 cawan rata gula aising
3 biji telur
2 cawan penuh tepung naik sendiri.
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko

butter + gula aising. putar sampai gula hancur pas tu letak telur satu2.
letakkan esen vanila. last letak tepung. kacau biar sebati. letakkan adunan 1/4 dalam loyang.
1/4 campur dengan serbuk koko. pastu buat macam dalam gambar. bakar dalam 40 minit suhu 170 celsius.
p/s: my daughter buat pakai senduk kayu jer. 10 minit dah pun siap. yang kaler coklat tu saya buat sendiri ler..
putar pakai tangan lagi sedap dan gebu. tak perlu lama dalam 1o minit dah boleh bakar.

Monday, March 1, 2010

CAKE MINUM PETANG

letak coklat cair atas permukaan kek.(sponge kek)


whip cream putar sampai keras.


sapu atas kek tadi


koktel dalam tin. sukahati nak pakai yang mana


susun atas kek. lagi banyak lagi sedap.


tutup dengan whip cream



tutup dengan sponge cake dan sapu coklat cair di atas permukaan kek. kalau suka tutup semua kek dengan whip cream.


pastu boleh potong dan hidang.

Saturday, January 23, 2010

ATTENDING CLASS UNIQUE CAKE DECORATING


birhtday cake my loved daughter pada 16januari 2010. ni mama buat sendiri. nama dia fruit cake. tapi kakak tak puashati coz tak dak barbie doll. next year mama buat ada barbie pakai gaun pengantin. he3

yang ni paling menarik. nampak susah tp senang jer nak buat asalkan ada cukup cake decorating tool. yang penting kreativiti dan tangan jangan keras!! if not..hancusss

ni jadi macam tu tolak dengan scoop panas. kalau tak tgk memang tak leh buat



for mould happy birthday tu memang ada jual dekat kedai kek. hg dia 13 ringgit.senang jer. mula2 letak coklat putih cair pas tu sapu with chocolate putty knife. then taruk coklat hitam keatas coklat putih tadi. jangan terlalu panas nanti kaler dia akan bercampur. masukkan dalam frige sampai keras. bila dah keras mould senang tanggal. pas tu lilit pada kek.

Friday, February 6, 2009

Thursday, November 20, 2008

Strawberry Cake













Bahan-bahan dan cara untuk membuat kek strawberi adalah sama dengan membuat kek Blueberry. Cuma bezanya anda perlu menyapu strawberry pie filling dan menyusun buah diatasnya. Terpulang pada kreativiti anda masing-masing.

Black Forest Cake - kek sedap



Bahan A
250 gm Chocolate sponge Mix
250 gm Telur
62 gm Air

Bahan B
62 gm Minyak Jagung

Pukul A dengan kelajuan tinggi selama 6 minit sampai naik lembut,masukkan bahan B dan gaul sebati. Tuang dalam acuan bulat 9". Bakar dengan 180 C selama 40 - 45 minit.

Bahan inti:
Bahan A
1 tin Dark Pitted Cerry
300 gm Krim putar Non Dairy

Bahan B: Chocolate Cream
50 gm Coklat masakan
40 gm susu segar
(Masak dengan menggunakan double boiler)

Cara-cara:
Biar Sponge kek sejuk dan potong kepada 3 lapis.

sapu coklat cair di lapisan pertama diikuti krim putar diatas kek dan susun dark pitted cerry,kemudian tutup dengan krim putar sekali lagi.

Tutup dengan satu lapisan kek dan ulangi langkah 2.

Selepas tutup dengan lapisan ketiga,sapu krim putar di seluruh kek.

Hias coklat rice atau coklat masakan nipis ditepi kek dan pipe krim putar rossete bulat di atas kek. Letak coklat masakan yang di potong nipis di tengah kek. Akhir sekali susun buah ceri di atas krim putar rosset.

Nota: Pada 15hb Nov 2008 lepas saya telah mengikuti kelas membuat kek Black Forest dan Blueberry di Citarasa Trading. Dan hasilnya seperti dalam gambar. Dan rasanya emm memang sedap. Bolehlah anda mencubanya kalau tidak rugi. Nampak gaya tak perlu lagi saya menempah kek harijadi anak-anak saya. Bagi yang malas tu bolehla order ngan saya he!he!

Video dibawah untuk belajar cara-cara membuat krim putar:Sumber Youtube

Blueberry Delight Cake

Bahan A
250 gm Vanilla Sponge Mix
250 gm Telur
62 gm air

Bahan B
Minyak Jagung

Cara-cara:
Pukul (A) dengan kelajuan tinggi selama 6 minit sampai naik lembut,masuk (B) dan gaul sebati.

Tuang dalam acuan bulat 9". Bakar dengan 180 C selama 40 - 45 minit.

Bahan inti: (Lapisan yg dipotong telah disapu inti)
500 gm Inti Blueberry
300 gm Krim putar Non Dairy

Cara-cara:
1) Biar sponge kek sejuk dan potong kepada 3 lapis.

2) Sapu krim putar yang nipis di atas kek lapisan pertama,letak inti blueberry diatas,kemudian tutup dengan lapisan kek kedua.

3) Ulangi langkah 2 untuk lapisan kedua.

4) Tutup semua kek dengan krim putar dan icing dengan nozzle 864 di atas kek dan buat garisan dengan icing comb di tepi kek.

5) Letak inti blueberry di tengah permukaan kek.

Wednesday, November 19, 2008

Resipi Kek Gula Hangus


Bahan-bahan:

2 cawan gula pasir
2 cawan air
30 gm butter
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
6 biji telur saiz A

Cara-cara membuat:

Masak gula di atas api sehingga cair. setelah itu masukkan air. Kacau sehingga menjadi sirap gula hangus. Matikan api. Kemudian masukkan butter. Biarkan sehingga larut dalam sirap gula. Kemudian sejukkan.

Pukul telur sampai kembang kemudian masukkan susu. Pukul sebentar kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Kacau biar sebati kemudian masukkan sirap gula hangus dan bakar dalam oven pada suhu 150 C.(untuk oven saiz kecil) dan 180 C (oven saiz besar) selama 1 jam ataupun cucuk dengan lidi.
nota:resipi diatas saya telah mencubanya beberapa kali dan hasilnya memang memuaskan. Video dibawah cuma untuk menunjukkan langkah demi langkah mengasilkan kek gula hangus. Tapi jika ingin mengikuti resipi yang diberikan dalam video tersebut tiada masalah. tak cuba tak tahu ya tak?
Video cara membuat kek gula hangus. sumber:Youtube