Thursday, December 31, 2009
CRISP GROUNDNUT BISCUIT
BAHAN A
BUTTER 250 gm
GULA 1/4 cawan
TELUR 1 BIJI
BAHAN B
1 CAWAN KACANG TANAH(BAKAR DAN BLEND SAMPAI HANCUR)
BAHAN C
1 1/2 CAWAN TEPUNG JAGUNG
2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 SUDU EMPLEX
(AYAK SEMUA SEKALI)
PUTAR BAHAN A SEHINGGA LEMBUT. MASUKKAN BAHAN B. SETELAH SEBATI MASUKKAN BAHAN C SEDIKIT DEMI SEDIKIT. GAUL SAMPAI JADI DOH YANG LEMBUT.
TERAPKAN DALAM ACUAN MENGIKUT CITARASA SENDIRI.
Wednesday, December 30, 2009
DAHLIA BISCUIT
BAHAN A
BUTTER 300gm
GULA HALUS 140 gm
TELUR 1BIJI
BAHAN B
TEPUNG GANDUM 300 gm
TEPUNG KASTARD 120 gm
TEPUNG JAGUNG 120 gm
EMPLEX SETENGAH SUDU KECIL
(CAMPURKAN DAN AYAK)
PUTAR BAHAN A SAMPAI LEMBUT. MASUKKAN BAHAN B SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
SETELAH ITU ULI SEHNGGA JADI DOH YANG LEMBUT. TERAPKAN DALAM ACUAN SEMPERIT ATAU DAHLIA. BAKAR 170 CELCIUS SELAMA 10 MINIT .
ALMOND LONDON BISCUIT
BUTTER 250gm
TELUR 1 BIJI
GULA HALUS 70gm
BAHAN B
TEPUNG JAGUN 120 gm
SUSU TEPUNG 40 gm
TEPUNG GANDUM 320gm
SETENGAH SUDU KECIL EMPLEX
CAMPURKAN SEMUA DAN AYAK
BADAM YANG TELAH DIBAKAR(200 celsius selama8 minit)
Putar butter dengan gula sampai lembut kemudian masukkan telur.
Masukkan bahan b dan uli biar sebati. kemudian balutkan badam yang telah dibakar dengan doh tadi. pastikan badam betul2 sejuk. bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celsius selama 15 minit. pastikan biskut betul2 masak atau garing supaya badam tidak lemau. sejukkan kemudian celupkan dengan coklat yang dicairkan.
Tuesday, June 9, 2009
Friday, February 6, 2009
Friday, January 30, 2009
Ikan kukus mama
Bahan A
1 biji bawang besar(potong bulat)
2 ulas bawang putih(ketuk)
1 inci halia(hiris)
1 biji tomato(potong)
1 biji limau nipis(perah ambil air)
5 tangkai cili padi (ketuk)
Daun sup (di hiris)
Serai (ketuk)
Asam boi 2 biji
Perasa
Perasa
Taburkan bahan A ke atas ikan siakap dan kukus selama 20 minit. Kemudian hidangkan.
Nasi impit sambal kelapa
Bahan B
Ikan selayang 5 ekor (rebus ambil isinya)
Serai 5 batang (hiris)
Bawang kecik 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci
Gula melaka 2 keping
garam secukup rasa
Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan diatas api sampai kering. Masukkan perasa.kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit rasanya sedikit manis baru ada umph!
Supaya sambal kelapa nampak cantik dan sedap blender lagi dengan blender kering agak-agak separuh lumat. Pas tu boleh dihidangkan.
p/s: salah satu makanan kegemaran anak. Hubby lagi suka laa..
Nasi impit saya terus beli yang segera kat pasaraya. Balik umah rebus jer..
Sunday, January 25, 2009
Singgang Tulang
Bahan B
Lengkuas 3 inci (agak-agak le)
Halia 1 inci
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 1 ulas
Ketumbar 1 sudu besar (ditumbuk)
Cili kering 2 tangkai (dipotong)
Asam gelugor 3 keping
Bahan perasa
p/s: jangan letak gula sebab rasa jadi lain
Rebus tulang lembu sampai tenggelam dengan api kecil. Tutup periuk.
Bila daging dah empuk masukkan bahan B. Biarkan 20 minit kemudian hidangkan.
p/s: Inilah menu kegemaran anak saya. Nanti bertambah-tambah dia makan nasi.
p/s: Inilah menu kegemaran anak saya. Nanti bertambah-tambah dia makan nasi.
Seronokkan kalau masak ada orang hargai!!
Lunch yang simple
Bahan A
250 gm udang basah
Bahan B
Cili kering 3 tangkai
Bawang merah 5 ulas
1 inci halia
1 ulas bawang putih
Air asam jawa
Blender bahan B kemudian tumis. Bila garing masukkan air asam jawa dan biar garing lagi. Pas tu bubuh petai. Bubuh lah perasa. Lastly masukkan bahan A. Goreng udang sampai masak dan hidangkan.
Blender bahan B kemudian tumis. Bila garing masukkan air asam jawa dan biar garing lagi. Pas tu bubuh petai. Bubuh lah perasa. Lastly masukkan bahan A. Goreng udang sampai masak dan hidangkan.
Simple kan?? cubalah..
Friday, January 23, 2009
Scramble egg with prawn & sosej
Kalau berani cubalah resepi simple di bawah.
Telur 2 biji (di pukul dan masukkan garam sedikit)
udang 10 ekor (potong kecik)
tomato 1 biji (dadu)
sosej 2 batang (hiris nipis)
bawang besar 1 biji (dadu)
1 sudu kicap rempah maggi (paket segera)
Daun salad untuk hiasan jika suka
Mayonis
Tumis bawang sampai layu kemudian masukkan udang. Setelah itu masukkan kicap rempah maggi dan kacau sebati. Tak payah masukkan perasa kerana kicap rempah maggi dah lengkap dengan perasa. Kemudian masukkan sosej dan tomato. Akhir sekali masukkan telur yang dipukul dan goreng sampai masak.
Sapukan mayonis dan letak daun salad kemudian bubuh scramble egg tadi dan boleh dihidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)