Friday, January 23, 2009

Scramble egg with prawn & sosej

Sarapan pagi ni very simple. Salad pun dah habis. Alah, buat apa yang ada dalam peti ais. Malas nak buat juadah yang berat. Nanti tengahari masak lagi.
Kalau berani cubalah resepi simple di bawah.

Telur 2 biji (di pukul dan masukkan garam sedikit)
udang 10 ekor (potong kecik)
tomato 1 biji (dadu)
sosej 2 batang (hiris nipis)
bawang besar 1 biji (dadu)
1 sudu kicap rempah maggi (paket segera)
Daun salad untuk hiasan jika suka
Mayonis

Tumis bawang sampai layu kemudian masukkan udang. Setelah itu masukkan kicap rempah maggi dan kacau sebati. Tak payah masukkan perasa kerana kicap rempah maggi dah lengkap dengan perasa. Kemudian masukkan sosej dan tomato. Akhir sekali masukkan telur yang dipukul dan goreng sampai masak.

Sapukan mayonis dan letak daun salad kemudian bubuh scramble egg tadi dan boleh dihidang.

2 comments:

CT Delima said...

mama..ct berani buat scramble egg tu coz ct mmg x leh tggl ngan roti ler kehkehkeh

mamakakak said...

ok le tu..try buat pas tu oyak kite sedap ko dok. he he